Bengkel Penghasilan Cenderakenangan Buatan Tangan di Olumis Boutique, Tuaran

Bengkel Penghasilan Cenderakenangan Buatan Tangan di Olumis Boutique, Tuaran

Pada 2 Mac 2025, Olumis Boutique, Tuaran telah menjadi lokasi penganjuran Bengkel Penghasilan Cenderakenangan Buatan Tangan, yang dikendalikan oleh Bloomis Creative. Bengkel ini disertai oleh komuniti suri rumah, ibu tunggal, dan pelajar dengan tujuan memperkasakan wanita melalui kemahiran kraftangan. Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada teknik asas pembuatan cenderakenangan serta strategi pemasaran bagi menjana pendapatan. Bengkel ini bukan sahaja memberi ilmu praktikal tetapi juga membuka peluang kepada peserta untuk membina kerjaya dalam industri kraftangan.