Projek kolaborasi diantara Bloomis Creative x KUSMA

Melestari Warisan, Memperkasa Ekonomi: Jejak EtniCraft 1.0 Bersama Komuniti Lahad Datu

Pengenalan Di Bloomis Creative, kami percaya bahawa kraf tangan bukan sekadar seni, malah ia adalah jambatan yang menghubungkan tradisi dengan peluang ekonomi moden. Baru-baru ini, kami telah melangkah satu lagi anak tangga penting melalui Projek EtniCraft 1.0, satu inisiatif perusahaan sosial yang bertujuan untuk memartabatkan warisan kraf tangan Sabah sambil memperkasakan wanita di peringkat akar umbi.

Kolaborasi Strategik: Bloomis Creative x KUSMA Pada 27 hingga 28 Mei 2026 yang lalu, Projek EtniCraft 1.0 telah dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama erat bersama Koperasi Ulu Segamo Maju Lahad Datu Berhad (KUSMA). Program selama dua hari ini menjadi saksi kepada semangat luar biasa para peserta yang komited untuk mendalami seni kraf tangan miniatur pakaian tradisi etnik.

Impak Kepada Komuniti Dalam fasa perintis ini, seramai 4 orang peserta telah dipilih dan dilatih untuk menjadi sebahagian daripada komuniti kraftangan Bloomis. Antara manfaat dan impak yang dibawa oleh projek ini kepada mereka adalah:

  • Pendapatan Tambahan yang Adil: Setiap peserta diupah secara piece-rate mengikut tahap kesulitan pemasangan kraf, membolehkan mereka menjana pendapatan tambahan yang mampan dari rumah.
  • Peningkatan Kemahiran: Peserta diberikan latihan intensif mengenai teknik pemasangan kraf premium, kawalan kualiti (SOP Bloomis), dan literasi produk.
  • Pengiktirafan Profesional: Sebagai tanda penghargaan dan bukti kemahiran yang telah dikuasai, peserta telah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan Rakan Artisan Bloomis. Sijil ini mengiktiraf mereka sebagai sebahagian daripada komuniti kraftangan Bloomis yang berdaya saing.
Sesi Latihan

Komuniti sedang memasangkan kraf di rumah masing-masing

Tujuan Projek EtniCraft 1.0

Mengapa kami menjalankan projek ini? EtniCraft 1.0 dirangka sebagai model “production-on-demand” untuk mencapai objektif utama:

  • Merapatkan Jurang Ekonomi: Membantu wanita B40 dan ibu tunggal menjana pendapatan melalui aktiviti ekonomi yang fleksibel.
  • Kualiti Kraf Premium: Memastikan warisan Sabah tidak hilang dek lambakan cenderamata berkualiti rendah, sebaliknya diangkat melalui produk yang eksklusif.
  • Kelestarian Warisan: Memastikan seni kraf tradisi etnik kita terus relevan dan dihargai melalui sentuhan kreatif moden.

Projek Ini Masih Berterusan! Ini hanyalah permulaan. Fasa pertama ini telah memberikan impak positif sebanyak RM1,000 pendapatan tambahan kepada komuniti tersebut. Kini, kami sedang dalam persediaan untuk mengagihkan tugasan bagi Batch 2, 3, 4, dan seterusnya.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Koperasi Ulu Segamo Maju (KUSMA) dan kesemua peserta yang terlibat. Perjalanan ini adalah tentang membina ekosistem di mana warisan budaya tidak hanya dipelihara, tetapi juga menjadi pemacu ekonomi buat keluarga-keluarga di Sabah.